Sunday 15 May 2011

Hai semua,

  So, tak payah nak ber intro panjang sesuper, hari ni gua nak share antara 3 perkara yang gua nak bagitau dekat lelaki lelaki semua. and of course la, pada perempuan perempuan di luar sama untuk di share kepada bf-bf anda. Ini semua adalah untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari ye. Jadi, drummmm rolllllll....



1) Konsisten

This is the most important part. KONSISTEN. Tolong la faham wahai lelaki lelaki di luar sana. ER rasa ramai yang mengamalkan, 'kau-aku-punya-and-aku-kau-punya-jadi-paham-paham-lah-ye'. Maksudnya disini, macam mana korang care sangatttt sangattt pasal gf-want-to-be korang tu sila lah amalkannya sepanjang hidup. Ni tak, kalau dulu masa seminggu bercinta, semua benda nak cakap 'teringat'.

"You, I ternampak baby doll tadi ada budak kecik pegang, terus teringat dekat you sebab muka you kan macam baby doll. Tu yang I sms tu. Lap you."

"Baby, Honey dalam kereta ni, on the way amik mak kat kedai. Kat radio ada lagu kegemaran u la, alaaa yang Three Episode by GABAN SEVEN tu. Terus teringat kat u. Hope u mish me like I do.xx"

Hah! Cuba dah lama sikit. Lagu kegemaran pun tak ingat apa ntah. Apa semua pun tak ingat. Wish goodnite pun tak ingat. Biasalah gf kan, suka mesej panjang panjang, ayat manis lagi sweet tahap diabetes.

"Buchuk, eventho we are so far away apart, I want u to know that ure always in my mind. I had a looooonnngg day today but when I want to go to bed, I wish I dream of u so my life will be better. Dream of me okay?"

Dapat kat balak reply, "K. I keluar main futsal. Bye."

Demmmmmmmm.. Jadi haruslah konsisten tu penting ye. Kan bagus kalau dah kahwin beranak pinak, husband nak keluar kerja korang cium molot dulu. Ni tak. Kecik kecik pasal KLCC pun boleh main lidah tepi jalan. Dah jadi HALAL, kalau boleh nak jalan sebatu dua. Semua kana konsisten. Kalau dulu lautan api pun korang sanggup renang untuk gf. Kenapa tak teruskan untuk 2,3 tahun selepas itu? Kalau dulu jaga penampilan diri sebab nak tackle bagai, after 2,3 tahun pakai komain serabai lagi. Cuba konsisten. Boleh?


2) FUNNY dan ANNOYING adalah dua maksud berbeza ye.

Benda ni selalu jadi kat lelaki. ER tau memang perempuan ni suka yang ada sense of humor, suka melawak bagai. Tapi kannnnn.. Kalau dah stock macam dalam cerita 'Adnan Sempit' tu, time dia konon nak masuk duni si Intan Ladyana, ikut makan steak konon bajek sarcastik nak makan steak guna tangan sampai perempuan tu tergelak, tu bukan KELAKAR okayyy.. Tu tahap ANNOYING ohhhh..

Pernah tak jumpa lelaki jenis macam ni? Banyak jugak la. Yang try too hard or yang over lagi worse. Kalau setakat lawak jenis sama nak ulang banyak kali, sumpah annoying lah.. Hmmm.. apa lagi eh? Haaaa.. lagi satu jenis lelaki yang semua benda pun taknak serius. Semua pun nak buat kelakar. Bajek handsome habis ah kan buat macam tu. Sumpah ER pernah jumpa dengan mamat jenis macam ni. Last last pikir, oh oh oh.. Tak boleh tahan. Bila tegur,

"Awak, saya menjadi diri saya sendiri. Saya peduli apa orang nak cakap apa."

By the wayyyyy, memang boleh jadi diri sendiri tapi kan kalau semua orang asyik nak jadi diri sendiri tanpa boleh bertolak ansur dan berpikiran matang memang dunia ni porak peranda lah. Malas nak cakap, dah besar kan?


3) Bijak

Yang ni sangat penting bagi orang lelaki. Tolonglah jadi BIJAK. Tak tahan jumpa lelaki yang jenis bengap bengap alam. Bijak ni merangkumi semuaaaa assppeekkkkkkkk. Paham? Maksudnya, bijak bertutur kata. Hati perempuan kan lembut. Kalau korang ada buat salah ke, terlupa janji ke, jadilah bijak untuk memenangi hati gf korang balik. Ni tidak, makin menyakitkan hati lagi adalah. Contoh:

"U ni semua u lupa. Tarikh kita tunang pun lupa. Teruk betul. Kata nanti kahwin anak nak 11 orang. Nanti nama anak pun lupa, kena pakai jersey bagai. Tak payah jauh la. Nak akad nikah nanti pun agaknya nama penuh I pun lupa."

"U ni kan, I nak cakap apa lagi. Dah lupa, nak buat cam mana. Lupa kan out of control."

Haaaaaa... Cuba jadi bijak. Minta maaf dulu. Pastu kena lah bijak menyusun ayat supaya pergaduhan tak berpanjangan. Sebab perempuan ni memang suka benda benda manis and ayat ayat yang sedap di dengar. Contoh, kenapa ramai perempuan suka blog MR K? Sebab apa yang dia tulis tu memang apa yang nak di dengar oleh kebanyakan perempuan. Macam, "Eh, suweeeeet giler lah MR K ni." Kan?


Pada ER apa salah korang mengalah sikit pada perempuan. Baru lah ada ciri ciri lelaki yang disanjungi. Kalau api ngan minyak sampai bila nak habis nya? So memang segala galanya lah kena bijak. Kalau nak menipu pun wahai kaum lelaki, sila menjadi bijak juga. Nak usha awek pun kena bijak juga. Nak start conversation pun kena bijak juga. Cuba kalau korang bijak, insyaAllah awek yang korang dapat pun jenis bijak bijak. Dan sila lah banyak membaca. You are what you read okay. Baru lah dapat pick up line yang tak typical. Barulah conversation lebih meluas. Pernah tak dapat lelaki yang korang speaking pastu dia tetiba je nak cakap,"Eleh speaking plak, kita sama sama Melayu, cakap lah Melayu." sumpah tak boleh terima.

Lagi satu, bercampur la kita dengan lain lain bangsa. Serious banyak gila yang kita boleh belajar dari mereka. Jangan nak racist sangat eh. Tetiba lari topic.

 Okay lah, cukup lah ER membebel untuk hari ini. Yang baik buat pengajaran, yang tak berapa tu jadikan sempadan.

Perghhhhhhh.. apsal gua semakin hari semakin berhemah? Demmmmmm..

0 comments:

Post a Comment