Thursday, 19 May 2011

Jika Tangan Terhiris Pisau.

Putus cinta. Ditinggalkan. Dipermainkan.
Sudah serik, malah tak mahu lagi jadi apa-apa untuk sesiapa pun.

Kita seringkali duduk di hadapan pintu yang masih tertutup, sedangkan ada pintu lain lagi yang masih terbuka. Kita jadi lemah, gagal untuk bangkit dari depan pintu yang tertutup rapat itu tadi.. Kita menangisi nasib dan mengharapkan pintu itu tidak tertutup dan sentiasa akan terbuka seperti dahulu. Kita terlalu berat untuk menerima kenyataan hidup, lalu kita terus terduduk melutut di hadapan pintu tersebut. Menangisi nasib yang kita kira tidak patut terjadi. Sangat menyedihkan bukan? Sedangkan kita sentiasa saja punya kudrat untuk cuba bangkit, berdiri tegak lalu melangkah dengan gagah menuju ke pintu lain yang masih terbuka. Hidup ini adalah pilihan, masalahnya kita yang tak mahu buat pilihan apa-apa. Masalahnya kita rela untuk terus duduk di hadapan pintu yang tertutup itu dan mengharapkan pintu tersebut akan terbuka semula suatu hari nanti. Soalnya sampai bila mahu tunggu? Sampai kepala beruban?

Kadangkala kerana merasa terkhianati, kita jadi lupa macam mana rasanya cinta. Kita lupa atau sengaja buat-buat lupa? Kerana takut terkhianati lagi mungkin. Saya beri contoh mudah. Kita sedang kupas bawang, tiba-tiba pisau yang kita gunakan itu mencederakan jari kita. Terhiris lalu berdarah. Apakah kita tidak mahu menggunakan pisau lagi selepas itu? Berubah angin, kupas bawang pakai gunting pulak? Ataupun kita ambil keputusan, memasak tanpa menggunakan bawang. Kita rela makan dengan rasa yang tidak cukup perencah. Macam tu?

Come on la. Hidup ini terlalu indah untuk di sia-siakan. Cinta itu adalah anugerah. Setiap orang berhak untuk merasa mencintai dan dicintai. Malah cinta itu tidak mengenal siapa. Orang buta juga punya perasaan cinta.. bercinta, dan kemudian berkahwin. Malah golongan OKU juga bercinta. Heh, teringat pula kepada kawan saya 'mad lompat' yang hanya mempunyai sebelah sahaja kaki. Beliau merupakan classmate pertama yang menamatkan zaman bujang. Cool kan? Hurm.. kita yang sempuna ini apatah lagi. Apakah kita mahu mensia-siakan anugerah yang Allah beri ini begitu saja? Menolak kasih sayang yang hadir semata-mata kerana sudah serik.

Kenyataan itu sesuatu yang menyakitkan dan adakala menakutkan untuk diterima. Tapi kita kena belajar untuk jadi kuat. Kita mesti berani untuk bangun kembali. Kalau kita tak berani, macam mana kita nak maju ke hadapan? Ibarat bayi yang baru belajar berjalan, andai dia terjatuh, dan takut untuk berjalan lagi, sampai bila-bila pun tak kan tahu berjalan sendiri bukan?

Satu yang saya percaya, hukum hidup ini mudah. Kalau kita berbuat kebaikan, maka kebaikan itu akan datang kepada kita semula. Kalau kita memberikan kasih sayang, kasih sayang itu akan datang kepada kita semula. Dengan syarat, apa sahaja yang kita lakukan mestilah dengan hati yang ikhlas. Dalam bercinta pula, kalau kita tak permainkan perasaan orang, pasti perasaan kita juga tidak akan dipermainkan. Kalau pun kita dipermainkan, kalau pun kita dikecewakan, anggap saja itu adalah harga yang harus kita bayar untuk bahagia yang tuhan akan beri kemudian nanti. Mendung bukan sepanjang waktu. Esok-esok, matahari menjengah kembali. Kalau ada tangan yang dihulur untuk beri kekuatan kepada kita agar kita dapat bangkit semula, sambutlah ia dengan serendah-rendah hati. Manalah tahu, itu bahagia yang kita cari selama ini. luka dalam hati yang warnanya merah itu, lama-lama nanti pulihlah.


Secebis kata-kata untuk dikongsi bersama ;


As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

p/s: Bagi seorang lelaki, cinta adalah satu fasa atau pun satu bab dalam keseluruhan hidup mereka. Tapi bagi wanita, cinta itu adalah dunia mereka..

Senyum Banyak Maknanya. Senyum Juga Kecewa.

"Tahniah Fadhli. Kau di naikkan pangkat sebagai eksekutif bermula dari bulan hadapan. Eh, esok lah tu kan? Tahniah-tahniah!" kata pengurus bahagiannya. Sudah dua tahun Fadli di bawah Encik Arman. Kini dia sudah maju setapak lagi. Encik Arman banyak betul bantu dia dalam selok-belok cara untuk naik pangkat dalam syarikat besar seperti Radhian Sdn Bhd ni.

"Aku dah tua, aku turunkan dekat korang je lah ilmu ni." bagi Encik Arman, dia sudah bersyukur dengan apa dia ada. Dekat setakat lulusan seberapa sahaja, siapa sangka, kini dia sudah menjadi pengurus?

"Dah pindah pejabat atas, jangan lupa kami di bawah ni. Haha." kata Daud sambil ketawa kecil. Antara rakan sejawat yang paling rapat dengan Fadh. Dia pernah memberi pinjam RM2000 kepada Fadh hanya kerana kereta Fadh mengalami kerosakan teruk akibat banjir yang melanda rumahnya. Rumah di taman, tapi sistem perparitan kalah desa permai. Nak kena masuk TV buat aduan baru datang betulkan. Aduan bertulis di letak tepi buat perhiasan.

"Haha, tak adalah. Tengah hari, kita makan sama-sama lah. Haha." Fadh menjawab soalan Daud tadi sambil tangannya tak henti-henti menepuk manja belakang Daud.

"Eh Fadh, dengar kata dekat atas ada seorang minah tu baru masuk. Baya kau. Apa lagi!" Rafiq menyampuk perbualan mereka. Dia antara pekerja paling malas dalam syarikat tu. Hari-hari tidur di pantri.

"Malas aku. Sekarang aku nak fokus kerja-kerja-kerja!"

"Heyyy!" Mereka ramai bersorak dan mengangkat tangan untuk di high five.

*****

"Ini meja Encik Fadhli."

"Oh okay. Terima kasih Muna."

"Kalau ada apa-apa, just sambung ke nombor 115. Tu sambungan kepada saya."

"Baiklah Muna. Terima kasih banyak-banyak. Kalau ada apa-apa nanti saya panggil." tersenyum panjang Fadh. Dia memerhati sekeliling pejabatnya. Tak percaya. SPM 6A dan kelulusan diploma sahaja mampu punya pejabat sendiri. Dia mula berangan hendak hias bilik tu. Mengantungkan mafla pasukan kesayangannya, Kedah FA di satu sudut di dinding. Gambar keluarga atas meja. Cun!


Sedang matanya melilau mencorakkan pejabatnya, entah macam mana hatinya seperti mahu berjalan ke luar bilik memerhati beberapa orang di bawahnya bekerja. Hari pertama. Bosan. Tiada kerja di humban. Gaya eksekutif seharusnya eksekutif. Memerhati.

Dia keluar dari biliknya. Dengan baju kemeja tidak bertali leher dan seluar jeans, dia berjalan dari meja ke meja berkenalan. Ini aras baru baginya. Semuanya baru. Manusia. Mesin. Komputer. Malah angin juga baru.

"Oh hai. Awak ni Encik Fadhli kan?" suara yang datang dari belakang Fadh. Sedang dia berborak sakan dengan salah seorang pekerja. Suara yang agak lembut. Bau pewangi yang boleh tahan harum juga. Dia tolehkan kepalanya kebelakang.

Tergamam.

*****

"Tanya lah woi! Kalau tak sampai bila kau tak tahu kan? Tanya lah. Kalau dah ada, kau kawan macam biasa. Tak salah berkawan kan? Kalau tak ada, make move lah bro! Kau tu dah lama dah." semangat Daud bercerita. Rambut panjangnya yang menutup sebelah matanya tidak di endahkan. Janji Fadh dapat apa yang cuba dia katakan.

"Tak berani ah aku. Dia tu kalau bawah aku tak apa lah. Ni pangkat dia sama aku. Lepas tu senior pulak tu. Lama dah jadi exec." Fadh bercerita selamba. Roti canai di kuis-kuis kecik.



"Cinta tak pandang pangkat Fadh. Kalau tak, dah lama aku tak lepak dengan kau. Sebab pangkat kau tu."

"Errr, kau cinta aku ke Daud? kau jangan."

"Apa salahnya? Kita dua-dua single."

"Single apa jadahnya. Elina tu nak campak mana?"

"Campak dalam sudut hati aku. Hahaha."

"Haha. Macam celaka ayat." gamat suasana Restoran Pak Mail haritu. Roti canai melayunya memang layan. Tambah-tambah bila bergosip dengan kawan.

*****

Tipu rasanya hati Fadh tak terpikat dengan gadis tu. Kalau hendak keluar makan atau solat, dia pasti akan ke pintu berdekatan pejabat gadis tu walaupun ada pintu yang lebih dekat. Gadis tu misteri. Memang mereka akan berjumpa di pejabat sahaja. Hasrat hati Fadh mahu sahaja mengajak gadis itu keluar paling tidak pun ke mamak untuk melepak selepas kerja. Tapi, mulutnya bagai di kunci dengan mangga sebesar kereta kancil.

Bilik mereka agak jauh. Selang tujuh meja. Tapi kadangkala Fadh sengaja keluar dari biliknya ke tangga untuk menghisap rokok. Kerana akan lalu bilik gadis tu juga. Walaupun kepalanya dah pening kerana terpaksa menghisap rokok untuk melihat wajah gadis pujaannya.

Paling indah bila semasa mensyuarat. Kalau bagi pekerja lain, waktu mesyuaratlah paling seksa. Terpaksa dengar-dengar-dengar. Habis masa mereka berchatting dengan suami tercinta, mak tersayang, facebook. Tapi Fadh? bersemangat bercerita di dalam mesyuarat tu. Kononnya nak tunjuk bahawa dia hebat dan menarik minat gadis tu. Tapi haram. Tetap seperti tiada reaksi. Macam biasa.

"Kau ni parak ni."

"Apa pulak? Aku bukan angau sangat pun."

"Fadh. Kau kalau angau, habis setiap masa kau cerita pasal sorang awek. Dan kalini aku rasa terjadi lagi setelah lama tak jadi."

"Err."

"Dah dua tahun kau tak macam ni! Aku bangga dengan kau! haha" Daud gelak besar sampai tertumpah teh tariknya ke lantai.

*****

Harini Fadh bertekad. Mahu membuat sesuatu. Sudah dua bulan. Dia masih tak tahu apa-apa pasal gadis tu. Harini dia pakai pakaian paling segak baginya. Rambut di sapu minyak.  Minyak wangi Dashing di sembur seluruh tubuh badan termasuk ketiak. Janggut di sisip rapi.

"Dia keluar bilik tepat jam 5.30pm sebab dia seorang yang punctual. Dalam lif nanti aku nak sembang sesuatu. Mesti mula!" Fadh bermonolog dalaman dalam biliknya. Baginya kerja ini lebih penting dari projek lima juta ringgit syarikatnya.

Jam menunjukkan pukul 5.25pm. Fadh dah mula berkemas. Segala fail di susun rapi di dalam beg bundle yang di beli di Uptown Damansara. Tanganya tak henti-henti mengetuk meja. Menunggu si gadis tu untuk keluar pejabat. Dia mainkan lagu di dalam telefon bimbitnya. Here Comes Your Man. Baginya lagu tu pemberi dia semangat untuk berjuang sebentar lagi.

"Paling tidak pun sembang. Lepas tu boleh add di facebook sebab kononnya dah kenal rapat sikit. yes yes. Nice plan."

Gadis itu keluar dari pejabatnya. Ayu. Mukanya sedikit berisi comel. Tapi tidak badannya. Mungkin makanan semua turun di muka agaknya. Putih boleh tahan. Tapi tak lah putih sangat. Kalau tak pakai make up masih lawa. Fadh tergesa-gesa keluar dari biliknya. Dan berlagak biasa bila di luar.

"Eh, Aqilah."

"Eh, Fadhli. Balik?"

"Oh aah. Baliklah. Malas pula nak over time harini."

"Rasanya tak pernah pun nampak Encik Fadh berover time?" cakap Aqilah sinis.

"Oh. Ada. Ada. Awak je tak nampak." Fadh dah bermula awak berawak.

Sesampai sahaja di bawah,

"Encik Fadh parking di mana?" tanya Aqilah.

"Err, lupa lah. Awak?"

"Boleh pula lupa? Haha. Saya kena ke sana."

"Oh, jom saya temankan. Alang-alang ni. Bosan juga sebenarnya. Boleh bersembang."

Mereka bersembang panjang pasal kerja amnya. Belum mampu lagi Fadh nak mencelah bab peribadi.

"Tunggu siapa dekat sini?"

"Orang lah." Aqilah menjawab perlahan. Senyum simpul. Celaka luluh hati Fadh.

"Oh okay."

"Encik Fadh tak mahu balik ke?"

"Eh tak apa lah. Teman awak kejap. Haha." sebenarnya dia nak tahu siapa yang akan menjemput Aqilah. Dia dah mula ragu-ragu. Tak pula dia tahu Aqilah ni punya suami ke apa.

"ha dah sampai."

*****

Siapa kata dunia tak adil? Kita yang tak adil dengan diri sendiri sebenarnya. Sering kali menyalahkan dunia bila expectation tak sama dengan realiti. Salahkan orang lain. Salahkan sana sini. Tak bermakna benda tu tak jadi macam apa kita mahu, ia adalah buruk buat kita. Kalau difikir secara logik sains dan agama,

"Tak apa lah Aqilah. Semoga kau bahagia dengan tunang kau. Terima kasih kerana merancakkan hati aku semula selepas kian lama sepi. Sekarang? Waktu aku melupakan kehadiran kau sebagai penyinggah di hati aku." Fadh kecewa sebenarnya. Tapi dia ambil dari sudut positif. Semua benda ada hikmahnya. Sedangkan benda paling busuk di tubuh badan kita, semasa berak, juga ada hikmahnya.



Fadh ambil sebatang rokok Marlboro Softpack. Dia ketuk-ketuk sampai keluar sebatang dari sepuluh batang yang tinggal. Nyalakan pemetik api dan rokok di bibirnya.

"Aqilah, Aqilah." Fadh menghembus asap ke atas. Sambil berjalan ke keretanya. Senyum simpul. Senyum kekecewaan sebenarnya.

Wednesday, 18 May 2011

Jangan Suka Seseorang Hanya Kerana Dia Suka Kat Anda.

Assalamualaikum

 The Otai.

Okay-okay tajuk lebih sesuai rasanya kalau "Don't love someone just because he/she loves you". but nevermind. Lets get this thing straight to the point. Lets talk about cakap orang tua-tua yang ni. But lah kan, bila di fikir-fikir balik, dah agak lama aku tak tulis pasal love-love ni. Readers aku pun dah banyak yang tak tanya pasal love-love dah. Mungkin takut aku sound kot. Ah korang. Selagi korang comel, aku tak akan sound punyalah. Jangan risau. Oh, bila aku cakap 'comel', aku maksudkan perempuan sahaja yea. Lelaki, jangan nak mengada-ngada.

So, you guys believe on "Love the one who loves you. Not the one that you love."? Well, personally, i am not really into this quote. Quote ni biasanya di lemparkan kat seseorang yang dah reject korang, mungkin? Love the one who loves you, not the one that you love is really just like "bertepuk sebelah tangan"


Contohnya

"I don't get it, why would you want to force yourself to love someone that loves you (where you clearly don't have any feelings for that person)? That just makes you a selfish bastard. That person sebok dok nak make you happy, you on the other hand pulak, sebok TRYING to make yourself into liking/loving him. What happens if you just can't? Kan dah rugi masa/tenaga orang tu. Relationship is a mutual agreement." ~ I R Awesome

Here is the situation. You are a beautiful girl. An ugly guy came and confessed that he loves you like forever. And you must accept him just like that? Accept him and forget your so-long-Mr-Right that you are just wanna work it out? Just like that? Oh if yes, then you are a good liar.

 I am always a single boy, girl

Love, is the things that you can't force. It's damn no right if you are hoping you can. Pernah dengar tak pepatah "You are beautiful. But when he doesn't love you, then, he is not love you". Yes, its something like you are forcing someone to love you by using this quote but its not gonna be work.

You can force someone to 'be with' you. But you can't force them to be really love you. Believe me you are not going to be happy even you are 24/7 with the person that you love. Its all because he/she didn't feel the same way. And you gonna be look really pathetic. Pathetic.

Ianya sama bila korang couple hanya di sebab kan kasihan. Dan, seperti Ayie cakap, perempuan akan rasa annoying bila lelaki yang dia tak suka tak habis-habis mengurat. Well, seriously, lelaki pun akan rasa sama bila perempuan yang dia tak suka/ bukan taste dia asyik gangu dan cuba buat kita suka kat dia.

Satu lagi sebab aku rasa 'we-should-not-love-someone-just-because-he/she-loves-us' is 'the rhythm'

Aku bet la. You guys yang used to couple, break and flirts mesti dah perasan pasal the rhythm. Benda ni biasanya terjadi kat lelaki. Situasinya, seorang lelaki mengurat kaw-kaw perempuan tu. Kira macam best gila la main tarik tali. Sampai bertahun-tahun lelaki tu mengurat. Last-last, bila dapat, its nothing. Kenapa nothing? Ye la, masa sebelum couple, gila-gila perangai. Tapi bila dah couple, nak kena jaga perasaan lah, kena kongkong la, kena tu lah kena ni lah. Tu menyebabkan rhythm dah berubah (Aku belajar dalam Greek Season 3). Sebab tu la ramai complaint "Lelaki bila masa mengurat romantik je. Selepas dah dapat, terus rasa lain". Yes its all because you can't  follow the rhythm. Also, one of you can't get into another just like bertepuk sebelah tangan.

Your Prince Charming does not exist

Gadis A suka kat lelaki B. Lelaki B suka kat Gadis C. Gadis C suka kat lelaki D. Lelaki D pula suka kat Gadis A. Okay now tell me how the hack you gonna apply this "Love-the-one-that-loves-you.-Not-the-one-who-you-love" thing? Everybody needs to give up and live the love with the 'sympathize' feeling? With the person that he/she did not love?'


Actually, quote ni adalah terbaik di gunakan hanya untuk orang yang di kahwin paksa atau di kahwin dengan pilihan keluarga. Kalau tak faham, just baca novel Aa+Bb. Dan hal ni dah di cakap oleh Adziim juga dalam;
Aku percaya tetapi dalam situasi terus kahwin sahaja. Bina perasaan cinta itu semasa sudah bergelar suami isteri. Dalam kes kata orang tua ini, lebih ditekankan kepada pihak perempuan aku rasa. Kalau dalam konteks couple nasihat ini tak boleh pakai sangat, nak-nak kalau couple bertahun-tahun. Kerana love itu akan jadi jemu. Love dalam kahwin ini lain. ~ Adziim

Kan?

Korang nak ke seseorang yang korang suka, suka kat korang balik hanyalah sebab dia takut orang lain tak mampu sayangi dia (Based on the quote)? Dan lebih menyedihnya, korang nak ke seseorang tu 'pretending' sayang kat korang hanya semata-mata korang sayang kat dia?

Nobody is perfect.

Aku pernah baca satu buku motivasi tulisan HM Tuah kalau tak silap aku. Buku dia bagus. Walau pun tak sebagus penulis Jangan Bersedih, Mencari Makna Hidup dan Follow Your Heart, still, buku dia bagus. Dia ni selalu jadi Kaunselor Keluarga (agaknya). Katanya ada seorang isteri complaint sebab dia (si Isteri) tak boleh terima perangai Si Suami yang dia tak kenal (Kahwin pilihan keluarga). And HM Tuah ni suggestkan supaya si isteri belajar untuk sayang si suami. At the end, si isteri boleh terima si suami and live happy ever after. The End.

So, aku rasa memang quote ni lebih sesuai kalau di tujukan ke pasangan yang dah kahwin.

And, quote ni adalah better kalau ianya "LEARN to love someone who loves you".

But in the end, bila you guys still can't love the one who loves you even you tried it out, just drop off. Just stop and let he/she knows that you can't love him/her. And yes, 'that' one who loves you will suffer like hell after you dropped him/her off. Why? Because you gave him/her the false hope at the first place. You act like you 'like' him/her but the real is you don't. Its all because of this "love the one who loves you" quote.

So, thats why Im not agree if this 'love the one who loves you' concept is applied to couples.



Perasan tak kita sebagai kaum Hawa selalunya beriya - iya nak impress kaum Adam ni haaa.. Segala serba serbi kalau boleh nak mereka teruja. Kalau boleh setiap kali nak date, setiap kali tu lah korang nak beli baju baru. Nak pakai sewangi yang boleh, segala gala nya memang nak bagi perfect lah kalau boleh,.

And kalau boleh, mamat ANON dekat dunia maya buat listing pun kau sanggup terikut ikut. Untuk apa? Supaya kau pun turut tersenarai? Supaya kau rasa kau ada harapan? Tak guna jadi diri mereka yang bukannya ada ada diri sendiri. Apa kau dapat? Kepuasan?

Pada aku, setiap perempuan adalah special, tak kira apa pun cara kita cuba sampaikan. Peduli apa kalau kau bangun tidur, tiba tiba rasa nak colour rambut warna HIJAU. Peduli apa kalau kau rasa contact lense warna BIRU buat kau lagi nampak COMEL? Peduli apa kalau kau jenis mudah jatuh cinta. Serious shit, PEDULI APA? Kau adalah diri kau dan kau yang decide what is the best for yourself. Bukan datang dari siapa siapa yang bukan darah daging kau apatah lagi suami kau.


Wanita hari ini, lebih terbuka dan bijak membuat penilaian. Tak kira lah kalau kau duduk selonggok cerita pasal PRADA atau GUCCI dan bukannya merancang untuk menyertai reformasi jalanan. Buat apa nak jadi orang lain? Do whatever that you are best at, honey. Then you will get the best result.

Persetankan mereka, mereka yang kata muka kau bukan NATURAL BEAUTY. Habis yang cakap tu natural habis? Kalau mamat tu pun stok pakai TANCHO sampai rambut pacak pacak, kulit kepala pun berkerak, apa kes? Kalau kau duit pun cukup cukup makan, lagi nak pikir pasal orang lain, apa kes? Kalau mamat tu pun stock pakai pun selekeh selekeh, pandai plak cakap,

" Ni cara saya, saya suka makan tepi jalan je. Saya memang jenis pakai baju bundle, jeans koyak ngan selipar jepun. Awak kena terima saya seadanya."

Pandai pulak cakap kannn..

Kalau dia betul sayang kau, dia sayang kau seadanya. Bukan nak mengubah kau jadi apa yang dia nak. Kalau lelaki semua taste sama, tak guna cari LELAKI TIPIKAL. Mereka nak yang RARE, habis kau, kau, kau nak campak kat mana?

Tak kira lah kau perempuan rambut lurus, kerinting, pandai masak, tak pandai masak, perubahan will come naturally. Tak kisahlah kalau kau admit kau tak tau apa apa pasal bola. You have your own special thing. You are out the list? Heyyy, trust me,

When love strikes you, he/she always be an exception

Let men eat their own words. Every girls ROCK!!


p/s: gua tau takde siapa tongkat dagu dan kepala guna tangan kiri baca post gua, Kbai

Sunday, 15 May 2011

Hai semua,

  So, tak payah nak ber intro panjang sesuper, hari ni gua nak share antara 3 perkara yang gua nak bagitau dekat lelaki lelaki semua. and of course la, pada perempuan perempuan di luar sama untuk di share kepada bf-bf anda. Ini semua adalah untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari ye. Jadi, drummmm rolllllll....



1) Konsisten

This is the most important part. KONSISTEN. Tolong la faham wahai lelaki lelaki di luar sana. ER rasa ramai yang mengamalkan, 'kau-aku-punya-and-aku-kau-punya-jadi-paham-paham-lah-ye'. Maksudnya disini, macam mana korang care sangatttt sangattt pasal gf-want-to-be korang tu sila lah amalkannya sepanjang hidup. Ni tak, kalau dulu masa seminggu bercinta, semua benda nak cakap 'teringat'.

"You, I ternampak baby doll tadi ada budak kecik pegang, terus teringat dekat you sebab muka you kan macam baby doll. Tu yang I sms tu. Lap you."

"Baby, Honey dalam kereta ni, on the way amik mak kat kedai. Kat radio ada lagu kegemaran u la, alaaa yang Three Episode by GABAN SEVEN tu. Terus teringat kat u. Hope u mish me like I do.xx"

Hah! Cuba dah lama sikit. Lagu kegemaran pun tak ingat apa ntah. Apa semua pun tak ingat. Wish goodnite pun tak ingat. Biasalah gf kan, suka mesej panjang panjang, ayat manis lagi sweet tahap diabetes.

"Buchuk, eventho we are so far away apart, I want u to know that ure always in my mind. I had a looooonnngg day today but when I want to go to bed, I wish I dream of u so my life will be better. Dream of me okay?"

Dapat kat balak reply, "K. I keluar main futsal. Bye."

Demmmmmmmm.. Jadi haruslah konsisten tu penting ye. Kan bagus kalau dah kahwin beranak pinak, husband nak keluar kerja korang cium molot dulu. Ni tak. Kecik kecik pasal KLCC pun boleh main lidah tepi jalan. Dah jadi HALAL, kalau boleh nak jalan sebatu dua. Semua kana konsisten. Kalau dulu lautan api pun korang sanggup renang untuk gf. Kenapa tak teruskan untuk 2,3 tahun selepas itu? Kalau dulu jaga penampilan diri sebab nak tackle bagai, after 2,3 tahun pakai komain serabai lagi. Cuba konsisten. Boleh?


2) FUNNY dan ANNOYING adalah dua maksud berbeza ye.

Benda ni selalu jadi kat lelaki. ER tau memang perempuan ni suka yang ada sense of humor, suka melawak bagai. Tapi kannnnn.. Kalau dah stock macam dalam cerita 'Adnan Sempit' tu, time dia konon nak masuk duni si Intan Ladyana, ikut makan steak konon bajek sarcastik nak makan steak guna tangan sampai perempuan tu tergelak, tu bukan KELAKAR okayyy.. Tu tahap ANNOYING ohhhh..

Pernah tak jumpa lelaki jenis macam ni? Banyak jugak la. Yang try too hard or yang over lagi worse. Kalau setakat lawak jenis sama nak ulang banyak kali, sumpah annoying lah.. Hmmm.. apa lagi eh? Haaaa.. lagi satu jenis lelaki yang semua benda pun taknak serius. Semua pun nak buat kelakar. Bajek handsome habis ah kan buat macam tu. Sumpah ER pernah jumpa dengan mamat jenis macam ni. Last last pikir, oh oh oh.. Tak boleh tahan. Bila tegur,

"Awak, saya menjadi diri saya sendiri. Saya peduli apa orang nak cakap apa."

By the wayyyyy, memang boleh jadi diri sendiri tapi kan kalau semua orang asyik nak jadi diri sendiri tanpa boleh bertolak ansur dan berpikiran matang memang dunia ni porak peranda lah. Malas nak cakap, dah besar kan?


3) Bijak

Yang ni sangat penting bagi orang lelaki. Tolonglah jadi BIJAK. Tak tahan jumpa lelaki yang jenis bengap bengap alam. Bijak ni merangkumi semuaaaa assppeekkkkkkkk. Paham? Maksudnya, bijak bertutur kata. Hati perempuan kan lembut. Kalau korang ada buat salah ke, terlupa janji ke, jadilah bijak untuk memenangi hati gf korang balik. Ni tidak, makin menyakitkan hati lagi adalah. Contoh:

"U ni semua u lupa. Tarikh kita tunang pun lupa. Teruk betul. Kata nanti kahwin anak nak 11 orang. Nanti nama anak pun lupa, kena pakai jersey bagai. Tak payah jauh la. Nak akad nikah nanti pun agaknya nama penuh I pun lupa."

"U ni kan, I nak cakap apa lagi. Dah lupa, nak buat cam mana. Lupa kan out of control."

Haaaaaa... Cuba jadi bijak. Minta maaf dulu. Pastu kena lah bijak menyusun ayat supaya pergaduhan tak berpanjangan. Sebab perempuan ni memang suka benda benda manis and ayat ayat yang sedap di dengar. Contoh, kenapa ramai perempuan suka blog MR K? Sebab apa yang dia tulis tu memang apa yang nak di dengar oleh kebanyakan perempuan. Macam, "Eh, suweeeeet giler lah MR K ni." Kan?


Pada ER apa salah korang mengalah sikit pada perempuan. Baru lah ada ciri ciri lelaki yang disanjungi. Kalau api ngan minyak sampai bila nak habis nya? So memang segala galanya lah kena bijak. Kalau nak menipu pun wahai kaum lelaki, sila menjadi bijak juga. Nak usha awek pun kena bijak juga. Nak start conversation pun kena bijak juga. Cuba kalau korang bijak, insyaAllah awek yang korang dapat pun jenis bijak bijak. Dan sila lah banyak membaca. You are what you read okay. Baru lah dapat pick up line yang tak typical. Barulah conversation lebih meluas. Pernah tak dapat lelaki yang korang speaking pastu dia tetiba je nak cakap,"Eleh speaking plak, kita sama sama Melayu, cakap lah Melayu." sumpah tak boleh terima.

Lagi satu, bercampur la kita dengan lain lain bangsa. Serious banyak gila yang kita boleh belajar dari mereka. Jangan nak racist sangat eh. Tetiba lari topic.

 Okay lah, cukup lah ER membebel untuk hari ini. Yang baik buat pengajaran, yang tak berapa tu jadikan sempadan.

Perghhhhhhh.. apsal gua semakin hari semakin berhemah? Demmmmmm..

Makwe Dari Perspektif Lelaki Malang Asyik Kena Tinggal.

Gua tak pernah punya rasa nak ada makwe itu untuk jadi mcm orang lain. Contohnya orang lain ada makwe, gua pun nak ada.

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah punya rasa seorang makwe itu adalah aset gua. Contohnya walaupun gua tak hensem, tapi gua ada makwe, itu akan meningkatkan saham gua. Makwe bukannya baranglah bodoh.

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah rasa makwe itu adalah tempat mengadu. ada masalah, nak bersandar tepi bahu makwe. Bila senang, di tinggal-tinggalkan. 

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah rasa seorang makwe tu ialah sekadar makwe. Peneman waktu keluar soping. Makan. Tengok wayang. Melepak di dataran semata-mata.

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah rasa seorang makwe itu perlu perfect. Macam gadis melayu terakhir.

sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua hanya rasa makwe itu ialah seorang manusia yang jatuh dari entah dari mana. Lalu melintas depan gua dengan seribu satu haruman. Belum sempat pandang muka, sudah jantung ini berdebar. Belum sempat pandang muka dah telan air liur sambil berkata,

"This is it."

Makwe ialah seorang rakan, kawan baik, seorang peneman dan separuh dari aku. Kalau ada masalah, buat apa perlu marah sana sini, ego dengan dia? Padahal dia sendiri adalah separuh dari diri lu. Tak payah tunjuk hebat lah. 

Gua bukannya tak ambil kisah kadang-kadang. Cuma tak mahu manjakan sangat. Gua masih fikir 24/7 segala tentang makwe. Cuma aku tak mahu manjakan sangat. Takut nanti mungkin aku mati dulu. Aku tak mahu makwe rasa beban kalau aku takde. Atleast dia dah pernah lalui semua benda tu seorang diri sekali dari sepuluh kali aku bantu dia.

Orang kata separuh jiwa mati kalau makwe tinggalkan kau. Kalau kau benar-benar sayang dia, jangan pernah mengalah dengan dia. Kalau kau benar-benar sayang dia,

lepaskan dia. Kalau dia kembali itu confirm tulang rusuk kau.
Tapi kalau dah lepaskan dan nak tunggu dia kembali tu yang seksa tu. Kan? *menjerit tepi tasik.*

Orang kata perjalanan masih jauh.

Sunday, 8 May 2011

Happy Mothes Day!!!! To aLL Mother Around the World

Kepada ibuku yang bernama Jelia binti hashim..Anakmu yang nakal neh ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada emak yang x pernah penat dalam menangani karenah anak mu yang sorang neh......

kepada ibu2 yang di luar sana hari neh saya ingin mengucapkan selamat hari ibu dan semoga panjang umoq....

plus dimurahkan rezeki....semoga dapat anak baru...hehehhe


Fakta Menarik Tentang Bulan

Usia Bulan:
Usia bulan lebih tua dari yang diperkirakan, bahkan diperkirakan lebih tua daripada bulan dan matahari itu sendiri! Umur Bumi paling tua yang bisa diperkirakan adalah 4.6 Milyar tahun. Sementara itu batuan Bulan malah sudah berumur 5.3 Milyar tahun. Bulan lebih tua 1 milyar tahun ketimbang Bumi!

Lebih keras diatas:
Normalnya sebuah planet akan keras di dalam dan makin lama makin lembut diatas, seperti bumi kita. Tidak demikian hal nya dengan bulan. Bagian dalam bulan seperti berongga, sementara bagian atasnya keras sekeras Titanium. Hal ini lah yang menyebabkan bahwa bulan bagaimanapun juga sangat kuat dan tahan serangan. Kawah terbesar di Bulan berdiameter 300KM, dengan kedalaman hanya 6.4KM. Sementara itu, menurut hitungan ilmuwan, jika batuan yang menubruk bulan tadi, menubruk Bumi, maka akan terbentuk lubang palingtidak sedalam 1.200KM!

Bulan yang berongga juga dibuktikan saat kru Apollo yang meninggalkan Bulan, membuang kembali sisa pesawat yang tidak digunakan kembali ke Bulan . Hasilnya, sebuah gempa dan gema pada permukaan bulan terjadi selama 15 menit. Penemuan ini diulang kembali oleh kru Apollo 13, yang kali ini jatuh lebih keras, menimbulkan gema selama 3 jam 20 menit.

Ibaratnya seperti sedang membunyikan lonceng yang kemudian berdentang, hanya saja karena tidak ada udara, maka suara dentang lonceng yang dihasilkan tidak bisa didengar oleh manusia. Sementara itu, penemuan ini dipertanyakan oleh Carl Sagan, bahwa satelit alamiah nggak mungkin kopong dalam nya.

Bebatuan Bulan:
Asal usul batuan dan debu bulan sendiri tidak jelas, karena perbedaan komposisi pembentuk bulan yang berbeda sekali dengan komposisi batuannya. Batu yang pernah diambil team apollo sebesar 380KG lebih, menunjukkan ada nya bahan unik dan langka seperti Titanium murni, kromium, itrium, dan lain lain. Logam ini sangat keras, tahan panas, anti oksidasi. Jenis logam ini tidak terdapat secara alamiah di alam, dan jelas tidak mungkin terbentuk secara alamiah.

Para ilmuwan juga mengalami kesulitan menembus sisi luar bulan sewaktu mereka mengebor bagian terluar bulan. Setelah di teliti, bagian yang di bor tadi adalah sebuah mineral dengan kandungan titanium, uranium 236dan neptunium 237. Bahan bahan super keras anti karat, yang juga tidak mungkin terbentuk secara alamiah, karena digunakan di bumi untuk membuat pesawat stealth. Kemungkinan besar, ini logam hasil sepuhan manusia!

Batuan bulan juga entah bagaimana sangat magnetik. Padahal tidak ada medan magnet di Bulan itu sendiri. Berbeda dengan bumi yang banyak sekali mengandung medan magnet.

Air menguap:
Pada 7 Maret 1971, instrumen bulan yang dipasang oleh astronot merekam adanya air melewati permukaan bulan. Uap air tadi bertahan hingga 14 jam danmenutupi permukaan seluas 100 mil persegi.

Ukuran bulan = Matahari?
Bulan bisa menutupi matahari dalam gerhana bulan total, tapi ukurannya tidak sama. Yang menarik, jarakmatahari ke bumi persis 395 kali lipat jarak bulan ke bumi, sedangkan diameter matahari persis 395 kali diameter bulan. Pada saat gerhana matahari total, ukuran bumi dan bulan persis sama, sehingga mataharibisatertutup bulan secara sempurna. Hitungan ini terlalu cermat dan akurat jika hanya merupakan kebetulan astronomi semata.

Orbit yang aneh:
Orbit bulan merupakan satu satunya yang benar benar hampir bulat sempurna dari semua sistem tata surya kita. Berat utama bulan terletak lebih dekat 6000 kaki ketimbang pusat geometris nya, yang harusnya justru mengakibatkan orbit lengkung. Sesuatu yang tidak diketahui telah membuat bulan stabil pada poros nya. Suatu teori yang belum di yakini benar adanya juga mengatakan bahwa wajah bulan yang selalu sama di setiap hari nya karena adanya suatu hal yang menyebabkan itu. Yang pada intinya, tetap suatu kebetulan astronomi.

Asal usul bulan:
Teori bahwa bulan tadinya adalah sebagian dari bumi yang mental keluar bumi karena tumbukan hebat di masa lalu hampir saja di setujui oleh semua orang, setelah sebelumnya mereka mengira bahwa bulan terbentuk dari debu debu angkasa yang mampat menjadi satelit bumi. Belakangan ini teori menyebutkan bahwa jika bagian sebesar bulan terambil dari bumi, maka bumi tidak akan bisabulat seperti sekarang. Dan jika bulan tidak berongga, maka tidak mungkin bulanbisa berada menjadi satelit bumi. Terlalu berat dan bulan akanmenghantam bumi.

Teori teori asal usul bulan kembali dipertanyakan, dan teori paling gila sepanjang sejarah mulai muncul, bahwa bulan diciptakan dengan sengaja oleh manusia terdahulu sebagai alat bantu dalam navigasi dan juga astronomi!

Bulan adalah kapal luar angkasa?
Kesempurnaan bulan yang keterlaluan, dan berbagai anomali yang ada dibulan, plus ditambah banyaknya benda benda terbang tak dikenal di bulan membuat banyak pihak mengatakan bahwa kemungkinan besar bulan adalah sebuah pesawat luar angkasa super besar yang diciptakan oleh mahluk cerdas pendahulu kita. Danbulan BELUM ditinggalkan oleh penghuni nya! Semua kru Apollo danastronot astronot lain atau peneliti bulan, semuanya telah melihat cahaya cahya adan benda benda terbang tak dikenal yang lalu lalang diantara bulan, muncul danhilang begitu saja, bahkan selalu menyertai setiap kedatangan dan kepergian para team astronot yang mengunjungi bulan.

Wednesday, 4 May 2011

Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran (bukan lawak)


Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan 

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan

Kenapa manusia makin ‘lupa’ dan ‘buta’

Saban hari kita baca, kita dengar dan mungkin juga kita saksikan dengan mata kepala sendiri akan perihal buang anakanak derhaka, pasangan curang, vandalisma, kes rasuah, curi itu ini, penggubahan wang haram, skim cepat kaya, tipu sana sini,  dan macam-macam lagi tak ubah seperti tagline astro “macam-macam ada”.

"Pantai yang cantik"
“Sekali ombak membadai, sekali pantai berubah”
Persoalannya, boleh ke kita bangga dengan pelbagai variasi ini yang makin menyenakkan perut, menyemakkan mata dan paling trajis menghakis nilai-nilai murni seorang manusia.
Apa sebab makin ramai remaja terjebak pelbagai masalah moral, makin ramai pemimpin tersungkur bila berkuasa, fitnah berleluasa, kezaliman manusia tiada batasnya. Oh! bumi makin dihujung usia agaknya.
Makanya, saya rasa, kita makin jauh dari Yang Satu. Mata dan suara hati dan akal kita, sudah makin hilang pertimbangan dan penilaian. Buta dan lupa pada pentingnya intipati rohaniah seperti prinsip jujur, adil, disiplin, tanggungjawab, amanah dan sebagainya. Kenapa? Mungkin 7 perkara ini yang menyebabkan suara hati kita ‘buta’ dan ‘lupa’.
  1. PRASANGKA - Buruk sangka @ baik sangka? Rasanya ramai yang antara kita yang terpilih jalan buruk sangka. Padahal Nabi Muhammad SAW memberi pesan untuk sentiasa berbaik sangka. Kita kena sedar, berburuk sangka hanya akan jadikan kita buta untuk lihat sisi yang positif @ benar pada sesuatu perkara @ individu.Cara atasi - Kita kena ubah perangai, cuba untuk berbaik sangka.
  2. PRINSIP HIDUP – Hidup memang perlu ada prinsip yakni pegangan, tapi prinsip hidup menjadikan kita pelbagai ragam dan watak. Ada yang berpewatakan menarik, baik hati, baik didepan tapi busuk hati kat belakang, ada juga yang jadi manusia tidak berhati perut. Kononnya, semua disandar atas prinsip diri. Cara atasi – Berprinsiplah kepada Allah, insyaAllah selamat dunia akhirat.
  3. PENGALAMAN – Ramai yang berkata “Guru paling hebat ialah pengalaman”. Kenapa agaknya? Sebab pengalaman lampau kita akan membentuk karektor dan sikap kita. Kalau pengalaman negatif sentiasa ada dalam minda kita, tak mustahil kita menjadi orang yang takut mencuba, bersikap pasif dan terbelenggu. Cara atasi - Cuba lupakan pengalaman negatif dan fikirkan yang positif, yang penting kita kena bebaskan diri dari pengalaman buruk.
  4. KEPENTINGAN – Kita selalu dengar perkataan kronisma, ‘kabel besar’, orang atas, dan macam-macam gambaran. Pastinya, ia menuju pada mementingkan puak sendiri, kepentingan peribadi/kumpulan/keluarga/politik dan sebagainya. Dalam hati terdetik “nasib orang lain, ada aku kesah?”. Cara atasi – Dengarlah suara hati yang satu lagi, walaupun sekelumit. Berpeganglah pada prinsip “kerana Allah” dan berfikir secara berlingkar (fikir orang lain juga) sebelum kita beri keputusan.
  5. SUDUT PANDANGAN – Kita agaknya biasa buat keputusan dan berfikir secara ‘one-man-show’. Almaklumlah, otai..hehe. Akhirnya, kadang-kadang, kesannya diluar jangkaan kita. Cara atasi - Hakikatnya, kita ada banyak pandangan dan pemikiran, kemudian kita tentukan keputusannya dengan lebih bijaksana dan kolektif serta menyeluruh.
  6. PEMBANDING – Ini memang kerja orang kita. Contoh, duduk kedai mamak sembang hal semasa. Contohnya siapa fitnah siapa, siapa tak basuh buntut siapa, siapa melompat sini sana, siapa bagi duit, siapa keluar akademi fantasi dan macam-macam berita. Semuanya sibuk berdebat dan huha huha..menegakkan pendapat sendiri, tapi tiada kata putus. yang untung tokey kedai juga Cara atasi – Kita jernihkan fikiran dulu, fikir masak-masak sebelum menilai, jangan main buat andaian hanya berdasarkan mainan fantasi fikiran kita.  Kita kena macam ni “ada mata pandang, aku telinga dengar, ada akal pakai”.
  7. FANATISME – Sikap fanatik yang melampau sungguh bahaya. Kita akan rasa semua yang kita fikir, kita buat, semuanya betul. Orang lain, semua salah lagi tak betul atau lebih teruk. Cakaplah apa saja, mesti tak makan saman punya. Ibarat “mencurah didaun keladi” atau “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. Cara atasi – Cerahkan minda dan hati, jangan kita asyik fikir kita saja yang betul dan benar serta hebat. Ada lagi yang lebih berkuasa dan mengetahui. Berfikirlah dengan bijak dan telus.
Saya suka berkongsi dengan kawan-kawan semua. Bukan bermakna saya ini baik, oh! tidak sama sekali, tapi saya cuba menjadi lebih baik dari semalam.
Kita boleh sekadar lihat dan diam, tapi pada suatu hari nanti, kita akan ditanya apa yang kita lakukan? Adakah kita hanya berdiam? Atau kitapun ‘join’ sekaki melakukan kemusnahan moral? Sungguh bagai dikata, senang mulut berbicara, tapi berat lagi bahu yang memikul.

3 fakta menarik tentang kuching

Pasti ramai diantara kita sukakan kucing dan ada juga yang takut atau geli dengan haiwan jinak ini. tetapi tahukan anda terdapat beberapa perkara yang menarik tentang kucing
1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.
2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.
menarikkan disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing juga nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukan boleh mengurangkan darah tinggi dan stress .

9 Cara Membakar Lemak Dengan Mudah

1. Minum air 


Minum air dengan cukup dapat mengelakkan dehidrasi, yang mana dehidrasi ini mengurangkan kadar metabolisme badan. Orang yang mengalami dehidrasi selalu keliru dengan dahaga, mereka menyangka bahawa mereka lapar sehingga menyebabkan mereka makan makanan yang berkalori tinggi untuk hilangkan lapar.





2. Makan snek


Makan snek (ringan) antara hidangan makan utama dapat membuatkan perut rasa penuh, so anda takkan makan terlalu banyak pada waktu makan.

Tapi pastikan snek yang anda makan tu snek yang sihat la. Contoh campeanut butter ker, yogurt ker. Gitu la.. :)




3. Elak stress

Stress boleh menyebabkan kehilangan tenaga otot dan memperlahankan metabolisme. Cuba lakukan yoga untuk melegakan tekanan.

Bagi kita orang Islam, rasanya lebih afdal kalo kita solat.

Melegakan tekanan + senaman otot dan badan + memberi ketenangan extra berganda = SOLAT

Ehehhehe.. :)



4. Beriadah

Kajian menunjukkan Vitamin D berupaya mengurangkan berat badan dan merupakan cara terbaik untuk mendapatkan vitamin D ini ialah dengan mendapat cahaya matahari secukupnya.

Keluarlah beriadah, dan kalau berjemur tengah panas tu, jangan lupa sunscreen gak ek.. Nanti leh kena kanser kulit pulak.. :)

Tapi, bagi saya, personally, saya sangat, sangat suka beriadah ke waterfall! Air terjun best! Ehehhee.. (patutla lemak tak terbakar, dok tempat sejuk.. uhuk!)



5. Makan banyak Vitamin C


Kajian menunjukkan vitamin C dapat membantu membakar lemak. sekurang-kurangnya 75 miligram untuk satu hidangan. Satu setengah biji anggur mengandungi kira-kira 44 miligram kandungan vitamin C.

Kebanyakan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C mengandungi fiber yang membantu membakar lemak berlebihan.





6. Bergerak

Kalaupon anda tak ke gim, tapi anda still boleh membakar lemak melalui aktiviti rutin seharian anda. Paling mudah, guna tangga. Jangan malas, asek guna elevator / lif manjang! Ish!

Menaiki tangga boleh membakar lemak dua kali ganda berbanding aktiviti lain. Kalo macam kat ofis, and anda stuck kat meja and kerusi pejabat, bangun dan gerakkan kaki anda! :)





7. Bina badan / angkat berat


Ehem.. antara aktiviti yang dapat bakar banyak lemak ialah ini laa.. Angkat berat.. heh!

Erk.. saya tak mampu buat nih!! :D








8. Ketawa


Haa.. Yang ni saya mampu buat.. Ehehhehe..

Senyum. Ketawa. Bergurau. :D

Dengan ketawa, kita meningkatkan kadar metabolisme dan membakar 10 kalori.. Haaa.. gelak sekarang!! :D






9. Minum teh hijau


Macam saya dah post sebelum nih, ni sekadar tambahan.

Kajian menunjukkan meminum teh hijau selepas bersenam akan meningkatkan tahap oksidasi/pengoksidaan lemak, membaiki kesensitifan insulin dan kadar glukosa dalam badan seseorang.